Monday 24 April 2017

BENGKEL KERJA KAEDAH CAE BAGI GURU PEMULIHAN KHAS DAN PEMULIHAN LINUS NKRA DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 2017

Tarikh : 22 April 2017
Hari / Masa : Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Dewan Semarak , Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Ceramah 1 : Pn. Tee Bee Lian
Pengurusan Tingkah Laku

Penceramah menerangkan tentang
  • Maksud tingkah laku
  • Punca masalah tingkah laku
  • 4 perkara penting untuk mengubah tingkah laku
  • Konsep asas pengurusan tingkah laku
  • Faktor- faktor yang mempengaruhi masalah tingkah laku
  • Teori/ model tingkah laku
  • Langkah pelaksanaan pengurusan tingkah laku
Kesedian Belajar
  • Penceramah menerangkan tentang 
  • Fungsi otak 
  • Kepentingan air 
  • Kepentingan makanan 
  • Psikomotor halus dan kasar 
  • Kecerdasan pelbagai 
  • Pembelajaran secara holistik (VAKT) 
  • Refleksi guru
Terapi Dalam Pendidikan
  • Keperluan terapi untuk murid- murid yang bermasalah dalam pembelajaran adalah untuk meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran 
  • Jenis – jenis terapi diterangkan secara lebih mendalam. 

Ceramah 2 : Pn. Raihani binti Isa
Literasi
  • Masalah yang dihadapi oleh murid 
  • Bagaimanakah Seseorang Kanak-Kanak Itu Sudah Bersedia Untuk Membaca? 
  • Strategi dan Teknik Pengenalan Kepada Huruf 
  • Strategi dan Teknik Pengajaran Suku Kata 
  • Penggunaan Pensel 
  • Cara menulis huruf - Strategi 3T ( TEKAP TIRU TULIS )




Sunday 16 April 2017

BENGKEL KERJA KAEDAH MEMBACA EKSPRESS-I BAGI GURU PEMULIHAN DAN GURU PEMULIHAN KHAS LINUS NKRA DAERAH KLUANG


Tarikh : 8 APRIL 2017

Hari / Masa : Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Dewan Semarak , Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Objektif : Bengkel Kerja kaedah membaca Ekspress-i bagi Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus NKRA Daerah Kluang ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :

i. Memberi impak baharu kepada cara mengajar dan belajar yang terkini kepada semua peserta bengkel.

ii. Mengeratkan hubungan antara semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus NKRA Daerah Kluang.

iii. Menggalakkan semua peserta berfikir dan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi dapatan dalam kumpulan yang sama.

iv. Menjadikan membaca Ekspress-i sebagai alat inovasi yang berkesan dalam P dan P antara guru dan murid.





LAWATAN AKADEMIK DAN KUNJUNG BANTU PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2017


Tarikh : 29 Mac 2017 hingga 1 April 2017

Hari / Masa : Rabu hingga Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Wilayah Persekutuan Labuan

Objektif :

Lawatan akademik dan kunjung bantu program pemulihan khas di sekolah Wilayah Persekutuan Labuan ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :

i. Meningkatkan motivasi diri Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus yang terlibat.

ii. Menerapkan idea pengurusan yang diperolehi dalam menghasilkan inovasi yang lebih berkesan.

iii. Mengeratkan hubungan dengan semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus di sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.

iv. Menggalakkan semua peserta berfikir dan bertukar-tukar pandangan serta berkongsi dapatan dalam kumpulan yang besar.

v. Memberi bantuan kepada Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus di 10 buah sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.


TARIKH
MASA
TENTATIF
29 MAC 2017
RABU
7.30 PAGI

5.15PTG-7.40 MLM
PERJALANAN KE LAPANGAN TERBANG KLIA KE LABUAN
PENGINAPAN : SKY GLOB HOTEL
30 MAC 2017
KHAMIS
8.30-10.30 PAGI
TAKLIMAT RINGKAS M3P NEGERI JOHOR VIDEO/ MONTAJ M3P NEGERI JOHOR
10.30-11.00PAGI
REHAT
11.00-1.00T/HARI
PERKONGSIAN PDPC
SLOT 1 (JOHOR)
SLOT2 (JOHOR)
1.00-2.30PTG
SLOT 3 (LABUAN)
SLOT4 (LABUAN)
2.30-4.00PTG
REHAT/ SOLAT/MAKAN TENGAH HARI
31 MAC 2017
JUMAAT
8.30-1.00 PTG
LAWATAN
1.    SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 1
2.    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KALAM
1.00-2.30PTG
REHAT/ SOLAT/MAKAN TENGAH HARI
2.30-4.00PTG
LAWATAN SEKITAR LABUAN AKTIVITI BEBAS

1 APRIL 2017
SABTU
7.00 PAGI
CHECK OUT DAN SARAPAN PAGI
10.25-12.45T/HARI
BERTOLAK BALIK LABUAN - KLIA