Friday 4 December 2015

Petikan Dr. Norzila Zakaria

Janganlah marah ....saya bukan sengaja tak nak membaca!
========================================
Semalam saya berkongsi pengalaman bersama doktor-doktor peringkat sarjana di Jabatan Perubatan Keluarga dalam seminar berkaitan kesukaran dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Masalah pembelajaran adalah masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya mereka mempunyai IQ yang normal.
Antara perkara yang dibincangkan adalah peranan pakar perubatan keluarga dalam membantu menangani masalah pelajar yang mengalamai kesukaran pembelajaran. Saya menekankan tentang perbezaan definisi antara learning difficulties dan learning disabilities. Walaupun di Malaysia para doktor menggunakan istilah ini dalam konteks yang sama tetapi hakikatnya ia tidak serupa.
Secara amnya learning difficulties adalah kesukaran dalam pembelajaran yang disebabkan oleh faktor luaran seperti masalah deria pendengaran atau penglihatan, mengantuk atau tidur semasa dalam kelas menyebabkan tiada pembelajaran aktif atau masalah emosi seperti penderaan, kemurungan, ahli keluarga yang sakit, atau masalah kemiskinan yang menyebabkan pelajar kerap tidak hadir ke sekolah. Ianya juga boleh disebabkan kurangnya tumpuan seperti yang dialami oleh pelajar yang mengalami Attention Deficit Hiperactive Disorder.
Faktor luaran ini boleh diubah dan pelajar mungkin boleh belajar seperti biasa bila masalah ini selesai. Kebiasaannya intervensi awal boleh membantu pelajar yang mempunyai learning difficulties untuk belajar.
Manakala learning disabilities adalah "built in" problem yang menyebabkan pelajar sukar menguasai kemahiran belajar menulis, membaca dan mengira. Mereka biasanya mengalami masalah seperti disleksia. Intervensi awal boleh membantu pelajar yang mengalami learning disabilities untuk menguasai kemahiran asas menulis membaca dan mengira namun kesukaran ini akan dibawa sepanjang hayat.
Pengajaran pelajar-pelajar dengan learning disabilities memerlukan lebih banyak masa dan tenaga serta pendekatan yang berbagai untuk menguasai kemahiran asas pembelajaran. Kesukaran ini biasanya akan berlanjutan sehingga mereka dewasa. Justeru mereka juga perlukan kemahiran untuk menyesuaikan diri dengan kekurangan ini dalam kehidupan seharian.
Kebiasaanya para doktor akan menggunakan singkatan LD untuk masalah pembelajaran . L = learning, tetapi D boleh bermaksud Disabilities, Difficulties atau Disorders. Sehingga ke hari ini tiada istilah sama yang diguna pakai untuk menerangkan kondisi yang sama.
Justeru itu para doktor, guru dan ibu bapa patut mengetahui dengan jelas apa perbezaan antara learning difficulties dan learning disabilities. Istilah learning disorders biasanya merujuk kepada masalah pembelajaran yang lebih specific seperti disleksia, discalculia atau disgrafia.
Untuk memudahkan pemahaman cukuplah memahami perbezaan antara learning difficulties dan learning disabilities. Guru-guru dan ibu bapa perlu memahami perbezaan antara learning difficulties dan learning disabilities untuk mengelakkan kekecewaan sekiranya anak atau pelajar masih tidak dapat menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.
Secara amnya, kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang acuh tak acuh dalam kelas, tidak memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran dan mudah lupa apa yang diajar. Kadangkala ini mengundang kemarahan guru dan ibu bapa.
"ajar banyak kali pun tak ingat-ingat"
Sebenarnya masalah pembelajaran ini berkait dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses transmisi maklumat yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.
Kesalahan yang sering berlaku adalah kesilapan semasa membaca. Mereka kerap mengulang atau berhenti dari membaca. Mereka keliru dengan perkataan misalnya ‘b’ d an ‘d’, 'p' dan 'q', ‘15’ dan ‘51’ atau ‘on’ dan ‘no’.
Bila membaca sebutan juga tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama. Bila menulis atau menyalin juga berlaku kekeliruan dan menyebabkan kesilapan ini dikategorikan sebagai "salah" dan akhirnya gagal dalam peperiksaaan.
Pelajar-pelajar ini kecewa kerana mereka gagal menguasai kemahiran yang 'senang' pada orang lain ini tetapi terlalu 'sukar' bagi mereka. Mereka mudah beremosi bila ditegur oleh guru atau ibu bapa atau rakan-rakan yang tidak memahami kesukaran yang mereka alami. Kecederaan emosi ini boleh menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak mahu hadir ke sekolah dengan memberikan pelbagai alasan.
Ibu bapa yang tidak faham akan melabel mereka sebagai malas, degil sehingga ada yang memukul anak mereka. Guru-guru pula adakalanya kurang sabar sehingga mendenda dan menyebabkan pelajar malu dimarahi di hadapan rakan-rakan yang lain.
Cuba bayangkan perasaan anak ini, sudahlah di sekolah tidak pandai, di rumah di marah pula. Kebarangkalian anak ini untuk mendapat masalah emosi adalah tinggi sekiranya kita sebagai ibu bapa terus melabel mereka sebagai malas atau lebih dahsyat lagi memanggil mereka "bodoh".
Maka untuk mengelakkan komplikasi yang boleh membawa kepada gejala yang lebih teruk lagi, Ayuh perhatikan anak-anak kita, periksa buku sekolah mereka, analisa tulisan dan kerja sekolah mereka dan berbincanglah dengan guru-guru tentang prestasi anak kita.
Masih belum terlambat untuk kita membantu anak-anak kita. Andainya kita merasakan bahawa bidang akademik bukan untuk mereka, beralihlah kepada kemahiran untuk memastikan mereka dapat 'hidup' dan mencari pendapatan sendiri dengan kemahiran tersebut.
Ajarkan mereka ilmu agama agar walaupun mereka tidak pandai di dunia dengan ilmu akademik, mereka masih dapat 'melihat' ilmu akhirat dengan mata hati dan telinga mereka. Kerana mereka adalah saham akhirat kita.
Selalunya itulah nasihat saya kepada ibu bapa yang bersedih kerana anak mereka tidak 'pandai' dalam akademik. Sebagai ibu bapa kita perlu melihat dunia dalam perspektif akhirat, bukannya mengutamakan kepentingan dunia semata-mata. Biarlah anak yang kita didik itu tidak pandai mengeja namanya sendiri tetapi tahu solat dengan betul. walaupun tak pandai membaca al-Quran tetapi boleh membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik melalui hafazan.
Lihatlah bagaimana Allah menyediakan anak-anak kita dengan cara mudah untuk berjaya di akhirat. Pandanglah anak-anak kita dengan rasa kasih sayang kerana mereka lah harta kita. Terkadang kita melukai hati mereka dengan kata-kata yang mengguris hati hanya kerana ingin menunjukkan kepada rakan-rakan kita atau mengiakan yang anak-anak kita memang bermasalah. Tutup kekurangan anak kita dan tonjolkan kelebihan mereka. Naikkan rasa harga diri mereka walau mereka tidak bijak dalam akademik, yang pasti mereka pasti lebih hebat dalam bidang yang lain.
Untuk ibu bapa di luar sana.... La tahzan andai anda ada anak yang mempunyai masalah pembelajaran tetapi bersyukurlah kerana Allah memberikan kita peluang meraih pahala dengan mudah bila kita bersabar dalam mendidik anak-anak kita ini.
Wallahualam. yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk dari kesilapan saya sendiri
‪#‎DRNORZILA‬ ‪#‎DNZ‬
‪#‎drnorzilapakarpsikiatri

Sunday 15 November 2015

Tips Untuk Semua Guru Pemulihan

Tips ini dikongsi  untuk murid yang menghadapi masalah:


1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...


2) Murid Pelat:
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.


3) Murid lambat bercakap:
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid


4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.


5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Boleh cuba....

*just sharing..ibubapa adalah cikgu terbaik di rumah utk ank2..

Wednesday 4 November 2015

Lawatan Penanda Aras Guru-Guru Pemulihan Khas PPD BERA, PAHANG

Tempat : SK LKTP Ayer Hitam
Tarikh : 3 November 2015 (Rabu)

Objektif program ini adalah untuk :
  1. Sebagai penanda aras dan input-input yang boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi proses pengurusan dan pentadbiran kelas pemulihan khas sekolah masing- masing.
  2. Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme guru- guru pemulihan khas dalam membentuk murid- murid pemulihan dengan kemahiran insaniah.
  3. Memberi peluang kepada guru- guru pemulihan untuk bertukar-tukar pendapat dan pengalaman bekerja dengan rakan-rakan guru di tempat yang dilawati.


Wednesday 14 October 2015

KARNIVAL SAYANG DISAYANG

TARIKH / HARI  : 15 OKTOBER 2015 ( KHAMIS )
MASA   : 8.00 PAGI HINGGA 1.30  PETANG
TEMPAT   :  SK LELAKI BANDAR, KLUANG
PENGENALAN
Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun secara teliti menjadi pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Justeru itu, Jawatankuasa M3P Kluang merancang program Karnival Sayang Disayang bagi murid-murid pemulihan daerah Kluang.

OBJEKTIF

1. Memupuk kemahiran belajar kepada murid-murid pemulihan melibatkan persekitaran luar bilik darjah dan alam sekitar.
2. Mencungkil bakat dan memberi peluang murid-murid pemulihan membina keyakinan diri untuk bersaing di samping pembentukan sahsiah dan nilai-nilai positif.
3. Menjalinkan integrasi antara murid-murid pemulihan khasnya yang datang dari seluruh daerah Kluang.
4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid pemulihan terutamanya sifat berani, bekerjasama, berdisiplin dan semangat bermasyarakat.
5. Memberi peluang kepada murid-murid pemulihan bergiat aktif dan berasa diri dihargai.
6. Mendedahkan murid-murid pemulihan kepada persekitaran yang baru.
7. Mempraktikkan pembelajaran kontekstual kepada murid-murid pemulihan.
8. Mengalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
9. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin pelajar dalam semua lapangan yang disertai.
10. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara sekolah, ibu bapa dan pihak luar demi memantapkan generasi yang akan datang.




Sehari sebelum karnival berlangsung...AJK sibuk membuat persiapan  akhir...

                 
       
Pendaftaran sekolah dan peserta


   Pertandingan Tulisan Cantik

Pertandingan Pick-Up Sticks    
                             
Pertandingan Bercerita
                                                                
Majlis penutup dan penyampaian hadiah

KEPUTUSAN KARNIVAL

PERTANDINGAN BERCERITA
Kategori SK
1) SK SERI INTAN
2)SK CONVENT
3)SK BANDAR PALOH

Kategori SJK
1) SJKC MACHAP

PERTANDINGAN PICK UP STICK
1) SK KAHANG BARAT
2) SK LKTP BELITONG
3) SK SERI INTAN
4) SK SULTAN SIR IBRAHIM
5) SK DATO IBRAHIM MAJID

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK
1) SJKC PAYAI
2)SJKC SERI LALANG
3)SJKC CHONG HWA 1
4)SK CANOSION CONVENT
5)SK PEREMPUAN BANDAR

PERTANDINGAN MEWARNA
Kategori SK
1) SK LKTP AYER HITAM
2) SK TAMAN T6
3) SK SERI INTAN
4) SK SRI LALANG
5) SK BUKIT PALOH

Kategori SJK
1) SJKC SOUTH MALAYA
2) SJKC KAHANG
3) SJKT LADANG MENGKIBOL
4) SJKC MACHAP
5) SJKT JALAN BUKIT RENGGAM

Program yang dilaksanakan ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan tahniah!!!




Friday 9 October 2015

Karnival Sayang DiSayang 2015

Tarikh : 15 Oktober 2015
Tempat : Dewan Terbuka SK Lelaki Bandar
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Semua guru perlu ambil tindakan seperti berikut :
  1. Tampalkan nama peserta dan nama sekolah pada sebelah kiri baju peserta. Hal ini bertujuan untuk memudahkan bahagian pendaftaran dan pihak juri untuk mengenalpasti peserta.
  2. Nama peserta dan nama sekolah disediakan sendiri oleh guru pengiring.
  3. Bagi pertandingan mewarna, peserta diminta untuk membawa alas/ meja kecil untuk memudahkan proses mewarna. Peringatan mesra : warna TIDAK disediakan oleh penganjur.
  4. Semua peserta boleh berpakaian sukan.
  5. Semua guru mestilah berpakaian formal beserta tag nama.

Tuesday 15 September 2015

Karnival Sayang DiSayang

AHLI JAWATANKUASA
KARNIVAL SAYANG DISAYANG
UNTUK MURID PEMULIHAN DAERAH KLUANG 2015

                             PENAUNG                             
Tuan Haji A Manaf bin Muslimin
(Pegawai Pendidikan Daerah Kluang)

                          PENASIHAT                           
Encik Mohammad Abaz bin Abdullah
(Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan)        

PENGERUSI
Encik Asyahari bin Omar
           
NAIB PENGERUSI
Puan Siti Norbaya bt Idris    

SETIAUSAHA 1
Cik Ani bt Said      

SETIAUSAHA 2 
Cik Asparrila bt Ahmad

BENDAHARI
Cik Halimatul Husna bt Shaharudin Basri

PENOLONG BENDAHARI
Puan Siti Norlina bt Mohamd Saleh

JAWATANKUASA PERTANDINGAN :
( Menyediakan bahan, syarat-syarat pertandingan dan borang pemarkahan serta menentukan pengadil pertandingan )

         Bercerita Kategori SK
            - SK Seri Intan

       Bercerita Kategori SJK(C)
            - SJK(C) South Malaya
     
  Bercerita Kategori SJK(T)
            - SJK(C) Jalan Haji Manan

        Tulisan Cantik
            - SK FELDA Kahang Barat

       Mewarna
            - SK LKTP Ayer Hitam

    Permainan ’Pick- Up Sticks’
            - SJK (T) Jalan Haji Manan

AHLI JAWATANKUASA
AJK PAMPLET
-       SK Dato’ Syed Zain Al-Shahab

AJK PENDAFTARAN
-       SK Dato’ Onn Jaafar

AJK SAMBUTAN DAN PROTOKOL
-       SK Bukit Paloh

AJK PERSIAPAN TEMPAT
-       SK Seri Intan 
-   SK Lelaki Bandar

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
-       SK Abdul Rahman Yassin

AJK MAKANAN DAN MINUMAN
-       SK (P) Bandar

AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN
-       SK Sungai Linau

AJK PENGEMASAN DAN KEBERSIHAN
-       SK Paloh 2

AJK PENGGAMBARAN DAN DOKUMENTASI
-       SK LKTP Ulu Penggeli

*******************************************************************
Pertandingan Tulisan Cantik
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015

Syarat-syarat Pertandingan Tulisan Cantik
  1. Terbuka kepada murid pemulihan yang berumur 7 hingga 12 tahun
  2. Penyertaan adalah mengikut sekolah, setiap sekolah boleh menghantar seorang peserta sahaja.
  3. Murid hendaklah menulis mengikut petikan yang dibekalkan oleh penganjur.
  4. Murid dibenarkan menggunakan pensil sendiri.
  5. Ketepatan menulis sangat penting, markah akan ditolak sekiranya perkataan yang ditulis tidak mengikuti perkataan sebenar. Contohnya “syarat menjadi sarat”
  6. Setiap kesilapan akan ditolak satu markah. Sekiranya terdapat 5 perkataan yang salah maka 5 markah akan ditolak.
  7. Kesilapan berulang tidak akan diambil kira, penolakan bagi kesilapan berulang akan dikira sekali sahaja.
  8. Masa yang diperuntukkan untuk tulisan cantik selama 1 jam.

Skema Pemerkahan Pertandingan Tulisan Cantik
Kriteria akan dinilai berdasarkan skema  pemarkahan seperti berikut :-

a.   Ketepatan ( 70 markah )
  • Menulis bentuk huruf dengan betul (35 markah)
  • Menulis perkataan dengan betul (35 markah)
b.   Kekemasan / kebersihan ( 30 markah )

*Markah keseluruhan ialah 100 markah

********************************************************


Pertandingan Bercerita
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA

1. Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua
2. Hanya seorang peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah.
3. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
  • buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
  • cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
  • cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
  • hasil karya sendiri
4. Kualiti cerita
  • Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
  • Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
  • Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk bercerita.
  • Loceng akan dibunyikan 1 kali pada minit ke - 4 dan 2 kali pada minit ke – 5 menandakan masa persembahan telah tamat.
  • Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
  • Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
5. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
  • menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
  • membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
  • dibantu oleh orang lain;
  • menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi
6. Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
7. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:

i) teknik persembahan
ii) bahasa
iii) kelancaran

KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN

Teknik Persembahan - 25 markah
Bahasa - 25 markah
Kelancaran - 25 markah
Gaya - 25 markah


Jumlah - 100 markah


*********************************************************************************************

Pertandingan Pick Up Sticks
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015

Syarat - Syarat SERAK LIDI

CARA- CARA  BERMAIN


  1. Bilangan peserta adalah 3 orang bagi setiap kumpulan.
  2. Lai,lai,li, tam,plum😁.
  3. Peserta pertama jalan dengan meletakkan stick cara berdiri dan lepaskan.
  4. Kemudian ambil satu batang stick untuk kais stick yang lain,tetapi stick yang lain tidak boleh bergerak.
  5. Sekiranya ada stick bergerak, peserta berikutnya pula yang akan memulakan permainan.
  6. Setiap stick adalah berwarna dan setiap warna mempunyai mata/markah.
  7. Stick yang berjaya dikais perlu dikira dan dicatat utk mengetahui pemenang.
  8. Setiap pemenang dalam kumpulan akan bertanding dengan pemenang daripada kumpulan yang lain sehingga mendapat pemenang sebenar. 

***********************************************************************
Pertandingan Mewarna
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015

1. Seorang peserta sahaja bagi setiap sekolah.
2. Peserta boleh gunakan pelbagai jenis warna seperti pensel warna, warna lilin, magic pen, dll.
3. Guru pengiring dibenarkan berada berhampiran peserta sebagai penunjuk warna sahaja.
4. Sekiranya guru pengiring terlibat dengan aktiviti mewarna (walaupun sekejap), penyertaan murid dibatalkan.
5. Semua lukisan hendaklah diwarnakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (1 jam).
6. Keputusan hakim adalah muktamad.
7. Peserta diharapkan dapat berlatih mewarna di sekolah masing- masing.
8. Lukisan bersaiz A4 akan disediakan dengan tema 'Perayaan di Malaysia'.
9. pensel warna tidak disediakan.
10. Yuran penyertaan ialah RM10.00

Sunday 6 September 2015

Mesyuarat Agung M3P Negeri Johor

Mesyuarat Agung M3P  Negeri Johor Kali Ke 4 Tahun 2015

Tarikh : 5 September 2015
Tempat : Dewan Seminar Semarak, PPD Kluang


Tentatif :
1. Ketibaan perasmi
2. Nyanyian Lagu Bangsa Johor
3. Bacaan doa oleh En Shamsuddin bin Abdul Malik
4. Persembahan 'Montaj' aktiviti M3P
5. Ucapan aluan oleh Encik Roslee bin Abdul, Pengerusi M3P Johor
6. Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Aminudin bin Adam, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor
7. Penyampaian anugerah dan cederahati
8. Melawat meja pameran
9. Mesyuarat Agung
10. Cabutan nombor betuah



Persiapan tempat sebelum majlis
Menyambut kedatangan Tn. Hj Aminudin bin Adam, 
Pengarah Pendidikan Negeri Johor dengan persembahan silat oleh Pengerusi M3P Negeri Johor iaitu Encik Roslee bin Abdul@ Mohd

Pameran BBM setiap daerah


Seminar Guru Pemulihan Khas 
Pemangkin Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 
Negeri Johor Tahun 2015


Anugerah Khas M3P 2015

Sesi bergambar bagi pemenang anugerah bersama Tn. Hj. Aminudin bin Adam
Lawatan ke setiap meja pameran

Thursday 3 September 2015

Taklimat Karnival Sayang Di Sayang Dan Post-Moterm IPP2M & IKAMR

Tarikh: 2 Sept 2015
Tempat : Dewan Bestari, SK Perempuan Bandar
Masa: 2.00 petang


OBJEKTIF :
1. Membincangkan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan Karnival Sayang Di Sayang (sama ada Tahun 2015 atau 2016)
2. Memilih sekolah yang sesuai (cadangan : SK Lelaki Bandar)
3. Membincangkan pertandingan yang akan dilaksanakan 

a. Pertandingan Bercerita Tahap 2 
b. Pertandingan Mewarna
c. Pertandingan Tulisan Cantik
d. Permainan Pick Up Stick

4. Cadangan yuran : setiap sekolah RM 10.00, setiap penyertaan : RM 10.00
5. Terdapat hadiah kepada setiap pemenang dan sijil kepada setiap penyertaan




POST-MOTERM IPP2M DAN IKAMR
1. Melibatkan sekolah yang mempunyai murid pemulihan Tahap 2
2. Membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru yang mengajar dan murid yang diajar
3. Berharap agar murid- murid yang terlibat dapat menguasai kemahiran asas pada ujian yang akan datang

Wednesday 26 August 2015

Mesyuarat Karnival Pemulihan Khas

Masa : 2.00- 4.30 ptg
Tempat : PPD Kluang

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En Mohammad Abaz bin Abdullah (PPPD Pendidikan Khas/ Pemulihan) dan AJK tertinggi M3P Daerah Kluang untuk membincangkan tentang perjalanan program Karnival Pemulihan Khas yang akan datang.



Tuesday 25 August 2015

Karnival Linus 2.0 Daerah Kluang

Tarikh : 22 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Kluang



PENDAHULUAN
Program Transformasi Daerah (DTP) merupakan salah sati inisiatif utama untuk Kementerian Pendidikan Malaysia DTP dilaksanakan bagi menyediakan sokongan terus dan pertanggungjawabkan kepada sekolah melalui PPD. LINUS 2.0 merupakan program yang khusus menjurus kepada usaha menyeluruh dan bersepadu di bawah sub- NKRA Pendidikan yang berhasrat memperluas akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan merangkumi Literasi Bahasa Malaysia (LBM), Numerasi dan Literasi Bahasa Inggeris (LBI). Dari sudut istilah LINUS merupakan akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening). Dalam erti kata lain,  LINUS 2.0 ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi pada akhir tiga tahun persekolahan peringkat rendah.

OBJEKTIF PROGRAM KARNIVAL LINUS 2.0
1. Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri murid- murid yang terlibat.
2. Mengintegrasikan 'fun learning' dalam penyampaian kemahiran konstruk kepada murid.
3. Meningkatkan kemahiran guru dalam pedagogi, teknik dan strategi pemulihan untuk muris- murid Linus.

ACATURCARA PROGRAM
7.00 - 8.00 pagi    Sarapan dan Pendaftaran
8.00 - 9.00 pagi    Pembahagian Kumpulan dan Aktiviti Regangan
9.00 - 12.00 tgh    Explorace
12.00 - 1.00 ptg   Penyampaian Hadiah dan Penutup Rasmi
1.00- 1.30 ptg      Makan Tengah Hari dan Bersurai








Sunday 2 August 2015

Monday 18 May 2015

Bengkel Kerja Membina 'Powerpoint' Bagi ABM Matematik Guru Pemulihan Khas Dan Guru Pemulihan Khas Linus

Tarikh : 16 Mei 2015 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seminar Semarak, PPD Kluang



PENCERAMAH JEMPUTAN
ENCIK KHAIRUL NOORHAFIMAN BIN OTHMAN


Sesi membina ABM secara berkumpulan mengikut kemahiran

Saturday 9 May 2015

Bengkel Kerja Membina 'Powerpoint' Bagi ABM Bahasa Melayu Guru Pemulihan Khas Dan Guru Pemulihan Khas Linus (SJK) Daerah Kluang

Tarikh : 9 Mei 2015
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Intan

KELEBIHAN ABM MENGGUNAKAN POWER POINT
  • ABM perisian komputer powerpoint tidak sukar dihasilkan kerana Microsoft Powerpoint boleh dikatakan terdapat dalam setiap komputer.
  • Tidak memerlukan wang kerana perisian ini sudah sedia ada dalam komputer.
  • Powerpoint ini tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk disiapkan. Hanya beberapa jam diambil untuk menciptanya jika sepenuh tumpuan diberikan ketika waktu penghasilannya.
  • Powerpoint juga amat menarik untuk ditayangkan kepada murid-murid sekaligus dapat menarik minat dan tumpuan mereka. Dengan bantuan program transitions dan animations yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint, terdapat pelbagai pergerakan yang dapat membuatkan murid-murid teruja untuk melihat lagi dan lagi slide yang ditayangkan.
  • Microsoft Powerpoint juga dilengkapi dengan bunyi-bunyi audio yang menarik yang menambahkan lagi minat mereka untuk mendengar. Seperti sedia maklum, ramai kanak-kanak yang lebih gemar kepada pengajaran audio dan visual.
  • Microsoft Powerpoint  juga dilengkapi dengan beberapa soalan latihan untuk dijawab murid-murid. Latihan yang diberi ini berwarna-warni dan diiringi muzik yang disukai kanak-kanak.Selain itu, terdapat juga gambar-gambar yang telah dihubungkan (hyperlink) dengan permainan bentuk 3D di internet untuk murid-murid mencuba.


Tahniah kepada semua yang terlibat ;)