Friday 8 September 2017

Jamuan Penghargaan & Perpisahan

Hari      : Rabu
Tarikh   : 6.9.2017
Tempat : Hitam Manis Boutique Cafe, S.Renggam


Jamuan ini  sempena meraikan kenaikan pangkat Cik Asparilla binti Ahmad sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK LKTP Layang- Layang. Tahniah dan Syabas!!



BENGKEL KERJA BUKU EJAAN 2.0 DAERAH KLUANG TAHUN 2017

Tarikh : 6 September 2017
Masa : 11.00 pagi- 5.00 petang
Tempat : SJKC Tuan Poon, Simpang Renggam

Bengkel kerja dilaksanakan untuk membina Modul Ejaan yang akan digunakan oleh guru- guru pemulihan khas daerah Kluang dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Diharapkan agar modul ejaan ini dapat disiapkan dan diedarkan pada awal tahun 2018.





Monday 24 April 2017

BENGKEL KERJA KAEDAH CAE BAGI GURU PEMULIHAN KHAS DAN PEMULIHAN LINUS NKRA DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 2017

Tarikh : 22 April 2017
Hari / Masa : Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Dewan Semarak , Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Ceramah 1 : Pn. Tee Bee Lian
Pengurusan Tingkah Laku

Penceramah menerangkan tentang
  • Maksud tingkah laku
  • Punca masalah tingkah laku
  • 4 perkara penting untuk mengubah tingkah laku
  • Konsep asas pengurusan tingkah laku
  • Faktor- faktor yang mempengaruhi masalah tingkah laku
  • Teori/ model tingkah laku
  • Langkah pelaksanaan pengurusan tingkah laku
Kesedian Belajar
  • Penceramah menerangkan tentang 
  • Fungsi otak 
  • Kepentingan air 
  • Kepentingan makanan 
  • Psikomotor halus dan kasar 
  • Kecerdasan pelbagai 
  • Pembelajaran secara holistik (VAKT) 
  • Refleksi guru
Terapi Dalam Pendidikan
  • Keperluan terapi untuk murid- murid yang bermasalah dalam pembelajaran adalah untuk meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran 
  • Jenis – jenis terapi diterangkan secara lebih mendalam. 

Ceramah 2 : Pn. Raihani binti Isa
Literasi
  • Masalah yang dihadapi oleh murid 
  • Bagaimanakah Seseorang Kanak-Kanak Itu Sudah Bersedia Untuk Membaca? 
  • Strategi dan Teknik Pengenalan Kepada Huruf 
  • Strategi dan Teknik Pengajaran Suku Kata 
  • Penggunaan Pensel 
  • Cara menulis huruf - Strategi 3T ( TEKAP TIRU TULIS )




Sunday 16 April 2017

BENGKEL KERJA KAEDAH MEMBACA EKSPRESS-I BAGI GURU PEMULIHAN DAN GURU PEMULIHAN KHAS LINUS NKRA DAERAH KLUANG


Tarikh : 8 APRIL 2017

Hari / Masa : Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Dewan Semarak , Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

Objektif : Bengkel Kerja kaedah membaca Ekspress-i bagi Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus NKRA Daerah Kluang ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :

i. Memberi impak baharu kepada cara mengajar dan belajar yang terkini kepada semua peserta bengkel.

ii. Mengeratkan hubungan antara semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus NKRA Daerah Kluang.

iii. Menggalakkan semua peserta berfikir dan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi dapatan dalam kumpulan yang sama.

iv. Menjadikan membaca Ekspress-i sebagai alat inovasi yang berkesan dalam P dan P antara guru dan murid.





LAWATAN AKADEMIK DAN KUNJUNG BANTU PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2017


Tarikh : 29 Mac 2017 hingga 1 April 2017

Hari / Masa : Rabu hingga Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang

Tempat : Wilayah Persekutuan Labuan

Objektif :

Lawatan akademik dan kunjung bantu program pemulihan khas di sekolah Wilayah Persekutuan Labuan ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :

i. Meningkatkan motivasi diri Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus yang terlibat.

ii. Menerapkan idea pengurusan yang diperolehi dalam menghasilkan inovasi yang lebih berkesan.

iii. Mengeratkan hubungan dengan semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus di sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.

iv. Menggalakkan semua peserta berfikir dan bertukar-tukar pandangan serta berkongsi dapatan dalam kumpulan yang besar.

v. Memberi bantuan kepada Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus di 10 buah sekolah Wilayah Persekutuan Labuan.


TARIKH
MASA
TENTATIF
29 MAC 2017
RABU
7.30 PAGI

5.15PTG-7.40 MLM
PERJALANAN KE LAPANGAN TERBANG KLIA KE LABUAN
PENGINAPAN : SKY GLOB HOTEL
30 MAC 2017
KHAMIS
8.30-10.30 PAGI
TAKLIMAT RINGKAS M3P NEGERI JOHOR VIDEO/ MONTAJ M3P NEGERI JOHOR
10.30-11.00PAGI
REHAT
11.00-1.00T/HARI
PERKONGSIAN PDPC
SLOT 1 (JOHOR)
SLOT2 (JOHOR)
1.00-2.30PTG
SLOT 3 (LABUAN)
SLOT4 (LABUAN)
2.30-4.00PTG
REHAT/ SOLAT/MAKAN TENGAH HARI
31 MAC 2017
JUMAAT
8.30-1.00 PTG
LAWATAN
1.    SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 1
2.    SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KALAM
1.00-2.30PTG
REHAT/ SOLAT/MAKAN TENGAH HARI
2.30-4.00PTG
LAWATAN SEKITAR LABUAN AKTIVITI BEBAS

1 APRIL 2017
SABTU
7.00 PAGI
CHECK OUT DAN SARAPAN PAGI
10.25-12.45T/HARI
BERTOLAK BALIK LABUAN - KLIA

Monday 13 March 2017

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAGI GURU PEMULIHAN KHAS DAN GURU PEMULIHAN LINUS NKRA DAERAH KLUANG BAGI TAHUN 2017


TARIKH : 13 MAC 2017
MASA     : 2.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI BAKTI, SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR, KLUANG

Pengurusan Program Pemulihan Khas
a)    Kelas pemulihan perlu kondusif.
b)    Profil pengurusan program pemulihan perlu dikemaskini mengikut tahun semasa.
c)    PdPc Abad 21 melalui SKPMg2, guru pemulihan akan dicerap oleh pentadbir/ FasiLINUS/ Pegawai Meja Pemulihan Daerah/ JPN.

Kutipan Data
a)    Tahap 1 di bawah Saringan LINUS (perlu diisi dalam data P1NCH secara online di bawah tanggungjawab GPM/ GPML sahaja).
b)    Tahap 2, pengisian data dilaksanakan pada Februari, Jun dan Oktober 2017.
c)    Instrumen IPPM dan Ikam menggantikan instrumen PROTIM untuk Tahap 2.

Program Out Reach
a)    Program ini akan dilaksanakan pada bulan Mac dan April.
b)    Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran  (IPMBDP) dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) perlu dijalankan kepada murid yang tidak melepasi Konstruk 1 dan Konstruk 2 Tahun 2 (2016).

Bengkel Dan Kursus
a)    Pedagogi PdPc untuk murid bermasalah dalam pembelajaran akan diberi taklimat/ kursus oleh guru CAE setiap daerah.


ABM Perjawatan
a)    Status GPM dan GPML dalam eoperasi perli disemak.
b)    Pertukaran dan penempatan secara online boleh melalui egtukar.
c)    Tiada penambahan GPML pada Tahun 2017.

Peranan M3P Daerah
a)    Meningkatkan profesion guru pemulihan khas di Negeri Johor.
b)    Menjaga kebajikan guru pemulihan khas.
c)    Yuran / sumbangan setiap ahli M3P akan digunakan untuk keperluan program yang akan dilaksanakan.
d)    Ahli M3P perlu proaktif dengan menghadiri bengkel/ kunung bantu/ perkongsian ilmu/ kebajikan yang berkaitan dengan guru pemulihan khas.

Dapatan JPNJ
a)    Guru pemulihan kurang berkemahiran memulihkan murid kategori ‘sow learner’.
b)    Guru pemulihan tidak menginklusifkan program pemulihan di sekolah.
c)    Guru pemulihan kurang berinovasi dan kreatif serta tidak aktif dalam M3P.
d)    SKT dan fungsi tidak diterjemahkan dengan jelas (mengajar subjek perdana/ memegang jawatan yang tiada kaitan dengan pemulihan).
e)    Guru pemulihan berada di zon selesa.
f)   Sekiranya tiada murid pemulihan di sekolah, guru pemulihan dibenarkan mengajar kelas perdana Tahap 1 hanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja. 


Seminar ICT dan Mesyuarat Agung Tahunan M3P Daerah Kluang

Tarikh : 25 Februari 2017
Tempat : Dewan SJKC Ping Ming

TENTATIF SEMINAR ICT & MESYUARAT AGUNG M3P TAHUN 2017
7.30 – 8.30 pagi          - Pendaftaran Peserta
8.30 – 8.35 pagi          - Bacaan Doa
8.40 – 9.00 pagi          - Ucapan kata aluan Tuan Pengerusi
9.00 – 10.40 pagi        - Pembentangan
                                       (EN. Hemanathan)
10.40 – 11.00 pagi      - Rehat / Kudapan
11.00 – 1.00 petang   -  Mesyuarat Agung M3P Daerah Kluang
1.00  – 2.30 petang     - Makan Tengah Hari / Bersurai

AGENDA MESYUARAT AGUNG M3P DAERAH KLUANG TAHUN 2017
Agenda 1         : Ucapan Pengerusi M3P
Agenda 2         : Ucapan En. Shahiran bin Kamaruddin
Agenda 3         : Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat  
                          yang lalu
Agenda4          : Menerima dan mengesahkan laporan aktiviti M3P 
                          Daerah Kluang
Agenda 5         : Menerima dan mengesahkan laporan kewangan
Agenda 6         : Perkara Berbangkit
Agenda 7         : Ucapan Penangguhan











TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA AJK M3P SESI 2017

Tuesday 31 January 2017

Mesyuarat AJK M3P Bil 1/2017

Perbincangan aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2017
1. Bengkel ICT
2. Mesyuarat Agung
3. Outreach
4. Bengkel Express-i
5. Pemurnian M odul Ejaan V2
6. Perkongsian Amalan PdP Guru Pemulihan
7. Karnival Pemulihan Khas
8. Lawatan Penanda Aras Terengganu
9. Pelancaran Kad Keahlian M3P