Thursday 20 October 2016

BENGKEL KERJA PENGUMPULAN DATA P1NCH OKTOBER 2016 SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Tarikh : 12 Oktober 2016
Tempat : Dewan Seminar Semarak, PPD Kluang
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang


AGENDA :
1. Ucapan aluan pengerusi M3P
2. Pembentangan data P1NCH Sekolah Rendah dan Sekolah Menangah
3. Perbincangan isu semasa



Monday 10 October 2016

Kem Serlah Minda Pemulihan Khas Murid Orang Asli Negeri Johor Tahun 2016

Tarikh : 3, 4, 5 Oktober 2016
Tempat : Jabatan Kemajuan Orang Asli


HARI PERTAMA

TARIKH
AKTIVITI
3.10.16
(Isnin)

Pendaftaran peserta / guru.

Taklimat Peserta / Ice Breaking

Makan Tengah Hari / Persiapan Diri / Solat Zohor – Pendidikan Moral

Pra Test (Literasi & Numerasi) / taklimat aktiviti P&P
Aktiviti P&P (Literasi & Numerasi)
Aktiviti ke Kluang Street/ aktiviti mewarna

Persiapan Diri / Makan Malam / Solat Maghrib – Tazkirah / Pendidikan Moral  / Solat Isyak

Aktiviti Interaktif
Persiapan Diri / Tidur

Mesyuarat AJK



HARI KEDUA

TARIKH
AKTIVITI

04.10.16
(Selasa)

Persiapan Diri / Solat Subuh – Tazkirah / Pendidikan Moral

Malaysia Cergas dan sarapan

Aktiviti pdp Eja, Baca dan Kira (i-PKS & Pemint)
Pertandingan Eja, Baca dan Kira

Makan Tengah Hari / Persiapan Diri / Solat Zohor – Pendidikan Moral

Post Test Literasi dan Numerasi / Minum Petang / solat asar / aktiviti kebudayaan

Persiapan Diri / Makan Malam / Solat Maghrib – Tazkirah / Pendidikan Moral  / Solat Isyak

MALAM KEBUDAYAAN  KEM SERLAH MINDA TAHUN 2016
Persembahan Kebudayaan

Persiapan Diri / Tidur.

Mesyuarat AJK



HARI KETIGA

TARIKH
AKTIVITI
05.10.16
(Rabu)

Persiapan Diri / Solat Subuh / Tazkirah

Malaysia Cergas / Sarapan / Kebersihan

Majlis Perasmian Penutup Kem Serlah Minda 2016

Makan tengah hari

Perjalanan pulang


Pembinaan Modul Bahan Bacaan Jilid 1

Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
Tempat : Dewan Bestari, SK (P) Bandar (Integrasi)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Terima kasih diucapkan kepada semua AJK M3P Kluang dalam usaha untuk menjayakan penerbitan Modul Bahan Bacaan Jilid 1 khas untuk murid- murid pemulihan khas.









Thursday 11 August 2016

Mesyuarat AJK M3P Dan Bengkel Kerja Peningkatan Profesionalisme Guru Pemulihan Daerah Kluang

Tarikh : 10 Ogos 2016
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK LKTP Ayer Hitam
Masa : 2.00 - 5.00 petang


Hal-Hal Berbangkit :
1. Pembinaan Modul Bahan Bacaan Jilid 1
2. Modul Lukisan - hasil tangan guru pemulihan (akan dibuat pemilihan)
3. Program Serlah Minda Murid Orang - Awal Oktober di JKOA
4. Kad Ahli M3P- bayaran RM30.00
5. Baju seragam- Baju Batik dan T-shirt
6. Guru Pemulihan Ikon Kluang (10 orang)
7. Pra Kajian Tindakan
8. Pertandingan Boling
9. Mendaki Gunung Lambak





Sunday 7 August 2016

Lawatan Penanda Aras JPN Kedah

Alhamdulilah...pada 4 Ogos 2016, pihak SK LKTP Ayer Hitam menyambut kedatangan seramai 39 orang Guru Pemulihan Khas dari JPN Kedah . Lawatan ini diketuai oleh Encik Kamarul Bahrin bin Rahim, Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPN Negeri Kedah. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Shahiran bin Kamaruddin, Penyelia Pemulihan Khas JPN Johor, Encik Mohammad Abaz bin Abdullah, Penolong PPD Pendidikan Khas dan Pemulihan PPD Kluang, Encik Roslee bin Abdul, Pengerusi M3P Negeri Johor serta AJK M3P Negeri Johor.

Kelas Pemulihan Khas, SK LKTP Ayer Hitam  merupakan lawatan penanda aras sekolah yang kedua di Negeri Johor iaitu selepas Kelas Pemulihan Khas, SK LKTP Nitar 1 di Mersing. Melalui lawatan ini diharapkan akan dapat membina jaringan yang kukuh lagi antara JPN Johor dan JPN Kedah. Sepanjang lawatan penanda aras ini, mereka banyak berkongsi pengalaman dan bertukar- tukar pandangan berkaitan dengan pengurusan organisasi serta pengurusan murid- murid pemulihan khas. 

Guru Pemulihan Khas JPN Kedah telah disambut pada petang Rabu, 3 Ogos 2016 dengan dibawa ke Bandar Ayer Hitam iaitu Bandar Seramik  yang mana merupakan salah satu tempat persinggahan yang menarik di Negeri Johor.




















Pada malamnya pula, mereka telah dipelawa untuk beriadah di Lapangan Boling, Kluang Mall.




















Ketibaan Guru Pemulihan Khas JPN Kedah disambut meriah di SK LKTP Ayer Hitam bermula pada jam 8.00 pagi.










Diharapkan agar ikatan yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid- murid pemulihan di Malaysia agar dapat :
  • Menguasai kemahiran asas 3M
  • Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
  • Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran
Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini.

Sunday 24 July 2016

BENGKEL JALINAN KASIH LINUS2.0 DAERAH KLUANG 2016


  • Unit Pengurusan Akademik PPD Kluang, telah mengadakan Bengkel Jalinan Kasih LINUS2.0 Daerah Kluang.
  • Bengkel ini dilaksanakan untuk membantu murid- murid LINUS2.0 (Konstruk 3 hingga 12).
  • Telah dilaksanakan pada 20 dan 21 Julai 2016 mengikut ZON.
  • Guru Pemulihan sekolah- sekolah yang terlibat bersama murid telah menghadiri bengkel tersebut.
  • Besar harapan agar murid- murid yang terlibat dapat menguasai semua kostruk pada Saringan LINUS2.0 yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos.
  • Antara suasana program adalah seperti berikut :
Zon Simpang Renggam (SK Dato' Onn Jaafar)
JU LINUS2.0 : Asparilla binti Ahmad, Jowanaliza binti Ab Rahim, Chow Woon Kang, Siti Nor Adlina, Nurul Zety Farhana binti Zulkifli, Zabedah binti Abu Bakar, Mohd Nawawi bin Saffiee


Zon Kluang Timur (SK Abdul Rahman Yassin)
JU LINUS2.0 : Nor Hafizah binti Ismail, Premla a/p Nandakumaran, Selva Mani a/p Veerappan, Ruzaidah binti Ibrahim, Maheran binti Husain

Zon Kluang Barat ( SK Seri Taman Kluang Barat)
JU LINUS2.0 : Reduzuan bin Haron, Miliyana binti Johari, Mariamin binti Mukhtar, Siti Norbaya binti Idris, Vimala a/p Nadarajan

Zon Kluang Barat (Dewan Bestari SK Perempuan Bandar)
JU LINUS2.0 : Hemanathan a/l Harikrishnan, Mahayran binti Mustaffa, Miliyana binti Johari, Ng Miaw Ling, Asyahari bin Omar, Mohd Nawawi bin Saffiee

Zon Paloh (SK Dato' Syed Zain Al Shahab)
JU LINUS2.0 : Halimatul Husna binti Shaharudin Basri, Gunavathy a/p Kunaseharan, Rita a/p A. Sauwariyar, Nurul Zety Farhana binti Zulkifli, Vimala a/p Nadarajan, Nurulamizah binti Abd Reh Sedek

Zon Renggam Layang (SK Bandar T6)
JU LINUS2.0 : Norwahyu binti Abdul Wahab, Shandrabhanu a/p Uthaya Kumar, Pang Shek Fen, Zaimah binti Sundi, Asyahari bin Omar






Monday 16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

*GURU PEMBINA NEGARA BANGSA*

Jadilah seorang guru yang  hadirnya ditunggu-tunggu
Hilangnya dirindu.
Ilmunya diburu.
Nasihatnya diseru.
Tingkahlakunya di tiru

*SELAMAT HARI GURU*


Masih jauh perjalanan hidup ini...di harap & di doakan ia nya berakhir dengan "husnul qhotimah" amin..
selamat hari guru kepada semua rakan2 guru ..semoga terus tabah & bersemangat untuk mendidik anak bangsa...
"Guru Pembina Negara Bangsa"



Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bsuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecil hati tidak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tidak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mgajar dipendek2,
Pengalaman yang ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat,kemana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu megajar didepan kelas,
Ada murid dibelakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk SATU kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas-bekas,
Niat dihati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas!

Ceritanya,
Esok-Esok,
Keputusan peperiksaan keluar,
Satu sekolah berdebar-debar,
Ibu bapa tidak sabar-sabar,
Mesti keputusan anak aku bikin gempar...
Silap-silap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila keputusan mula diumumkan,
Anak dapat cukup-cukup makan,
Anak menangis minta ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk,cikgu disalahkan,
Konon cikgu tidak berkelayakan,
Ilmu yang ada tidak cukup padan..
Ibu bapa melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dpt keputusan A one..!

Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tidak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tidak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini,aku berterima kasih..
Pada guru yang berperit jerih,
Yang tidak pernah letih,
Bukan wang ringgit yg cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih..

Hasil Karya:
Dato Ruslan Madon,
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa.


"Kepada semua  warga pendidik, selamat menyambut hari guru...teruskan perjuangan mu untuk anak bangsa.tahniah...."


Aktiviti Dan Hasil Kerja Murid Pemulihan




SELAMAT HARI GURU 2016
 GURU : PEMBINA NEGARA BANGSA

Wednesday 2 March 2016

BENGKEL KERJA PENGENALAN I-THINK GURU PEMULIHAN DAN GURU PEMULIHAN KHAS LINUS DAERAH KLUANG



Tarikh : 20 FEBRUARI 2016
Hari / Masa : Sabtu / 8:00 pagi – 5:00 petang
Tempat : Dewan Semarak , Pejabat Pendidikan Daerah Kluang




Objektif                       :
        Bengkel Kerja Pengenalan i-Think Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus Daerah Kluang ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama antaranya adalah untuk :


i. Memberi impak baharu kepada cara mengajar dan belajar yang terkini kepada semua peserta bengkel.

ii. Mengeratkan hubungan antara semua Guru Pemulihan Khas dan Guru Pemulihan Khas Linus Daerah Kluang.

iii. Menggalakkan semua peserta berfikir dan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi dapatan dalam kumpulan yang sama.

iv. Menjadikan i-think sebagai alat berfikir yang berkesan dalam P&P antara guru dan murid.


Kekuatan Program

1. Peserta dapat memberikan tumpuan dan menunjukkan minat serta kesungguhan sepanjang bengkel dijalankan.

2. Kerjasama dari pihak PPD, AJK M3P dan semua guru pemulihan khas dan guru pemulihan khas linus daerah kluang dalam menjayakan bengkel ini juga sangat baik.

3. Peserta bengkel lebih memahami bagaimana seharusnya menggunakan i-think dalam P&P apabila bengkel di dalam kumpulan dan sesi pembentangan hasil kumpulan dijalankan.


Kelemahan Program

1. Sesi soal jawab tidak dapat dijalankan kerana kekangan waktu dan masa.
2. Kekurangan bahan bercetak seperti gambar berwarna dan bahan penceramah.
3. Masih kekurangan contoh-contoh bagi setiap jenis peta i-Think yang dipamerkan kerana masa yang tidak mengizinkan.

Tuesday 2 February 2016

Mesyuarat AJK M3P Bil 1/2016

Tarikh : 8 Januari 2015 (Jumaat)
Tempat : Coffee Break, Kluang
Masa : 8.30 pagi

AGENDA
1. Perancangan program 2016

a. Kursus I- Think - 22.2.2016
b. Pembinaan Bahan Interaktif - 12.3.2016
c. Lawatan penanda Aras ke Mersing - 20.4.2016
d. Membina Modul Ejaan - 18.6.2016
e. Karnival Pemulihan Khas - 14.7.2016

2. Pelantikan AJK 2016/2017

a. Pengesahan pelantikan dan lantikan baru AJK M3P Kluang.
b. Bagi memantapkan struktur organisasi, AJK bersetuju menambah jawatan Penyelaras SK, Penyelaras SJKC dan Penyelaras SJKT, supaya semua maklumat dapat diterima dengan lebih cepat dan tepat.

Pembelajaran Abad ke 21