Kelas Pemulihan Khas, SK LKTP Ayer Hitam merupakan lawatan penanda aras sekolah yang kedua di Negeri Johor iaitu selepas Kelas Pemulihan Khas, SK LKTP Nitar 1 di Mersing. Melalui lawatan ini diharapkan akan dapat membina jaringan yang kukuh lagi antara JPN Johor dan JPN Kedah. Sepanjang lawatan penanda aras ini, mereka banyak berkongsi pengalaman dan bertukar- tukar pandangan berkaitan dengan pengurusan organisasi serta pengurusan murid- murid pemulihan khas.
Guru Pemulihan Khas JPN Kedah telah disambut pada petang Rabu, 3 Ogos 2016 dengan dibawa ke Bandar Ayer Hitam iaitu Bandar Seramik yang mana merupakan salah satu tempat persinggahan yang menarik di Negeri Johor.
Pada malamnya pula, mereka telah dipelawa untuk beriadah di Lapangan Boling, Kluang Mall.
Ketibaan Guru Pemulihan Khas JPN Kedah disambut meriah di SK LKTP Ayer Hitam bermula pada jam 8.00 pagi.
Diharapkan agar ikatan yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu murid- murid pemulihan di Malaysia agar dapat :

- Menguasai kemahiran asas 3M
- Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
- Membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran
No comments:
Post a Comment