AHLI JAWATANKUASA
KARNIVAL SAYANG DISAYANG
UNTUK MURID PEMULIHAN DAERAH KLUANG
2015
PENAUNG
Tuan Haji A Manaf bin Muslimin
(Pegawai Pendidikan Daerah Kluang)
PENASIHAT
Encik Mohammad Abaz bin Abdullah
(Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan)
PENGERUSI
Encik Asyahari bin Omar
NAIB PENGERUSI
Puan Siti Norbaya bt Idris
SETIAUSAHA 1
Cik Ani bt Said
SETIAUSAHA 2
Cik Asparrila bt Ahmad
BENDAHARI
Cik Halimatul Husna bt Shaharudin
Basri
PENOLONG BENDAHARI
Puan Siti Norlina bt Mohamd Saleh
JAWATANKUASA PERTANDINGAN :
( Menyediakan bahan, syarat-syarat pertandingan dan borang pemarkahan serta menentukan pengadil pertandingan )
Bercerita Kategori SK
- SK Seri Intan
Bercerita Kategori SJK(C)
- SJK(C) South Malaya
Bercerita Kategori SJK(T)
- SJK(C) Jalan Haji Manan
Tulisan Cantik
- SK FELDA Kahang Barat
Mewarna
- SK LKTP Ayer Hitam
Permainan ’Pick- Up Sticks’
- SJK (T) Jalan Haji Manan
AHLI JAWATANKUASA
AJK PAMPLET
-
SK Dato’ Syed Zain Al-Shahab
AJK PENDAFTARAN
-
SK Dato’ Onn Jaafar
AJK SAMBUTAN DAN PROTOKOL
-
SK Bukit Paloh
AJK PERSIAPAN TEMPAT
-
SK Seri Intan
- SK Lelaki Bandar
- SK Lelaki Bandar
AJK HADIAH DAN CENDERAMATA
-
SK Abdul Rahman Yassin
AJK MAKANAN DAN MINUMAN
-
SK (P) Bandar
AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN
-
SK Sungai Linau
AJK PENGEMASAN DAN KEBERSIHAN
-
SK Paloh 2
AJK PENGGAMBARAN DAN DOKUMENTASI
-
SK LKTP Ulu Penggeli
*******************************************************************
Pertandingan Tulisan Cantik
Sempena Karnival Pemulihan
Daerah Kluang 2015
Syarat-syarat Pertandingan Tulisan Cantik
- Terbuka kepada murid pemulihan yang berumur 7 hingga 12 tahun
- Penyertaan adalah mengikut sekolah, setiap sekolah boleh menghantar seorang peserta sahaja.
- Murid hendaklah menulis mengikut petikan yang dibekalkan oleh penganjur.
- Murid dibenarkan menggunakan pensil sendiri.
- Ketepatan menulis sangat penting, markah akan ditolak sekiranya perkataan yang ditulis tidak mengikuti perkataan sebenar. Contohnya “syarat menjadi sarat”
- Setiap kesilapan akan ditolak satu markah. Sekiranya terdapat 5 perkataan yang salah maka 5 markah akan ditolak.
- Kesilapan berulang tidak akan diambil kira, penolakan bagi kesilapan berulang akan dikira sekali sahaja.
- Masa yang diperuntukkan untuk tulisan cantik selama 1 jam.
Skema Pemerkahan Pertandingan Tulisan Cantik
Kriteria akan dinilai berdasarkan skema pemarkahan seperti berikut :-
a.
Ketepatan ( 70 markah )
- Menulis bentuk huruf dengan betul (35 markah)
- Menulis perkataan dengan betul (35 markah)
b.
Kekemasan / kebersihan ( 30 markah )
********************************************************
Pertandingan Bercerita
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015
Syarat - Syarat SERAK LIDI
CARA- CARA BERMAIN
SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN BERCERITA
1. Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Dua
2. Hanya seorang peserta sahaja dibenarkan mengambil bahagian bagi setiap sekolah.
3. Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
- buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
- cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
- cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
- hasil karya sendiri
4. Kualiti cerita
- Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
- Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
- Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk bercerita.
- Loceng akan dibunyikan 1 kali pada minit ke - 4 dan 2 kali pada minit ke – 5 menandakan masa persembahan telah tamat.
- Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
- Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
5. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
- menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
- membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
- dibantu oleh orang lain;
- menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi
6. Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
7. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa
iii) kelancaran
KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN
Teknik Persembahan - 25 markah
Bahasa - 25 markah
Kelancaran - 25 markah
Gaya - 25 markah
Jumlah - 100 markah
*********************************************************************************************
Pertandingan Pick Up Sticks
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015
- Bilangan peserta adalah 3 orang bagi setiap kumpulan.
- Lai,lai,li, tam,plum😁.
- Peserta pertama jalan dengan meletakkan stick cara berdiri dan lepaskan.
- Kemudian ambil satu batang stick untuk kais stick yang lain,tetapi stick yang lain tidak boleh bergerak.
- Sekiranya ada stick bergerak, peserta berikutnya pula yang akan memulakan permainan.
- Setiap stick adalah berwarna dan setiap warna mempunyai mata/markah.
- Stick yang berjaya dikais perlu dikira dan dicatat utk mengetahui pemenang.
- Setiap pemenang dalam kumpulan akan bertanding dengan pemenang daripada kumpulan yang lain sehingga mendapat pemenang sebenar.
***********************************************************************
Pertandingan Mewarna
Sempena Karnival Pemulihan Daerah Kluang 2015
2. Peserta boleh gunakan pelbagai jenis warna seperti pensel warna, warna lilin, magic pen, dll.
3. Guru pengiring dibenarkan berada berhampiran peserta sebagai penunjuk warna sahaja.
4. Sekiranya guru pengiring terlibat dengan aktiviti mewarna (walaupun sekejap), penyertaan murid dibatalkan.
5. Semua lukisan hendaklah diwarnakan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (1 jam).
6. Keputusan hakim adalah muktamad.
7. Peserta diharapkan dapat berlatih mewarna di sekolah masing- masing.
8. Lukisan bersaiz A4 akan disediakan dengan tema 'Perayaan di Malaysia'.
9. pensel warna tidak disediakan.
10. Yuran penyertaan ialah RM10.00
No comments:
Post a Comment