ABM perisian komputer powerpoint tidak sukar dihasilkan kerana Microsoft
Powerpoint boleh dikatakan terdapat dalam setiap komputer.
Tidak memerlukan wang kerana perisian ini sudah sedia ada dalam komputer.
Powerpoint ini tidak memerlukan masa yang begitu lama untuk disiapkan.
Hanya beberapa jam diambil untuk menciptanya jika sepenuh tumpuan diberikan
ketika waktu penghasilannya.
Powerpoint juga amat menarik untuk ditayangkan kepada murid-murid sekaligus
dapat menarik minat dan tumpuan mereka. Dengan bantuan program transitions dan
animations yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint, terdapat pelbagai
pergerakan yang dapat membuatkan murid-murid teruja untuk melihat lagi dan lagi
slide yang ditayangkan.
Microsoft Powerpoint juga dilengkapi dengan bunyi-bunyi audio yang menarik
yang menambahkan lagi minat mereka untuk mendengar. Seperti sedia maklum, ramai
kanak-kanak yang lebih gemar kepada pengajaran audio dan visual.
Microsoft Powerpointjuga dilengkapi
dengan beberapa soalan latihan untuk dijawab murid-murid. Latihan yang diberi
ini berwarna-warni dan diiringi muzik yang disukai kanak-kanak.Selain itu,
terdapat juga gambar-gambar yang telah dihubungkan (hyperlink) dengan permainan
bentuk 3D di internet untuk murid-murid mencuba.